
Selamat Datang
“Your Trusted GWM Advisor in Puchong”
LATAR BELAKANG
Saya merupakan lulusan UiTM Shah Alam dalam bidang Pengurusan Hartanah, dengan pengalaman selama 5 tahun sebagai Penilai Hartanah di firma ternama. Dalam kerjaya sebelumnya, saya terlatih untuk menganalisis nilai aset, memahami keperluan pelanggan, dan memberikan solusi terbaik berdasarkan data – kemahiran yang kini saya aplikasikan dalam industri automotif.
Pada tahun 2025, saya mengambil keputusan untuk beralih ke bidang sales advisor kerana minat mendalam terhadap dunia automotif dan interaksi langsung dengan pelanggan. Saya yakin bahawa:
✔ Kemahiran analitis dari bidang penilaian hartanah membantu saya memahami keperluan pelanggan dengan lebih terperinci.
✔ Pengetahuan tentang pembiayaan memudahkan saya membimbing pelanggan memilih pakej kredit terbaik.
✔ Semangat untuk belajar teknologi automotif (terutama kenderaan elektrik/hybrid) menjadikan saya penasihat yang informatif.

MODEL TERKINI DI BAWAH GWM MALAYSIA
- GWM Haval H6 HEV

GWM Haval H6 HEV ialah SUV Hybrid bersaiz sederhana dengan reka bentuk moden dan dalaman yang luas. Didatangkan dengan enjin 1.5L Turbo + Motor Elektrik (243 HP , 530 NM Torque) dan turut dilengkapi dengan Dedicated Hybrid Transmission (DHT) yang menghasilkan pecutan yang lancar serta jimat minyak (5.8L / 100km).
Kereta ini juga turut dihadirkan dengan beberapa fungsi tambahan, termasuklah Apple Carplay / Android Auto, Kamera 360, Head-up Display, Panoramic Sunroof dan banyak lagi.
Dari segi waranti pula, GWM Malaysia menawarkan waranti selama 10 tahun / 1,000,000 km (Enjin), 8 tahun / 1,000,000 km (HEV System) dan 7 tahun / 200,000 km (keseluruhan kereta)
- GWM Ora Good Cat

GWM Ora Good Cat merupakan EV yang memiliki reka bentuk yang comel dan menarik perhatian. Manakala reka bentuk dalaman pula berunsur retro-moden yang menambahkan lagi keunikan untuk kereta ini. Satu pengecasan penuh pula boleh menggerakkan kereta sehingga 500km (NEDC).
Kereta ini turut dilengkapi dengan fungsi Apple Carplay / Android Auto, Kamera 360 serta turut dilengkapi dengan kerusi urut bagi pemandu dan Auto Parking (500 Ultra).
Pihak GWM Malaysia juga turut menawarkan waranti sehingga 8 tahun / 180,000 km (Power Battery, Electric Motor dan Control Unit) dan 5 tahun / 150,000 km (keseluruhan kereta).
- GWM Ora 07

GWM Ora 07 ialah sebuah kereta elektrik (EV) yang bergaya denga reka bentuk coupe modern dan futuristik. Ia dilengkapi motor elektrik yang berkuasa sehingga 408 ps dengan pacuan semua roda (AWD), mampu memecut dari 0 ke 100km/j dalam sekitar 4.3 saat.
Kapasiti bateri yang besar iaitu 83.5 kWh membolehkan jarak pemanduan sehingga 550km (performance) dan 640km (long range) dengan satu pengecasan penuh.
Ciri utama seperti massage seat, ambient light dan sambungan Apple Carplay / Android Auto tanpa wayar menjadikan kereta ini sesuai untuk mereka yang mahukan prestasi dan ciri mewah.
- GWM Tank 300

GWM Tank 300 ialah SUV off-road yang dikuasakan dengan enjin 2.0L Turbo yang dapat menghasilkan 217hp dan 380nm Torque. Turut dilengkapi dengan transmisi automatik 8 kelajuan, sistem pacuan semua roda dan mod pemanduan off-road.
Reka bentuk yang lasak dengan interior yang serba mewah termasuklah tempat duduk yang dibalut dengan NAPPA leather dan infotainment screen yang beresolusi tinggi serta turut dilengkapi dengan ciri keselamatan pintar.
Ini menjadikan GWM tank 300 ini sesuai untuk pemanduan bandar tetapi jika diperlukan untuk ke medan off-road, GWM Tank 300 ini sedia diguinakan.
- GWM Tank 500

GWM Tank 500 ialah SUV mewah 7 tempat duduk yang dikuasakan dengan enjin 2.0L Turbo HEV yang dapat menjana sehinggan 346hp dan 648nm torque.
Ia memiliki beberapa ciri mewah seperti tempat duduk yang dibalut dengan NAPPA Leather serta dilengkapi dengan ciri massage seat dan ventilation seat, 12 speaker infinity sound system serta electronic side step dan panoramic sunroof.
Ruang dalaman yang premium dan ciri mewah yang terdapat pada GWM Tank 500 menjadikan kereta ini sesuai bagi mereka yang memerlukan kereta yang mampu ke segala medan dan dalam masa yang sama memberikan keselesaan dan ciri yang lengkap.
PROSES MEMBELI KERETA GWM DENGAN SAYA
Langkah Pertama :
- Whatsapp saya di talian 013-2958044 untuk mendapatkan info lebih lanjut.
- Follow saya di Tiktok Amir GWM Puchong untuk update promo terkini dan testimoni pelanggan https://www.tiktok.com/@amirsastra17?_t=ZS-8x51CgikBkn&_r=1
Langkah Kedua :
- Tetapkan hari dan masa untuk sesi pandu uji di GWM Puchong.
Langkah Ketiga :
- Jika Tuan/Puan sudah berpuas hati, boleh membuat bayaran booking berjumlah RM 1,000.
- Saya akan menghantar permohonan pinjaman kepada pihak bank berserta dokumen Tuan/Puan seperti IC, Lesen memandu dan slip gaji 3 bulan.
Langkah Keempat :
- Selepas pinjaman diluluskan, saya akan siapkan kereta untuk didaftarkan.
- Tuan/Puan boleh membuat bayaran down payment terlebih dahulu bagi melancarkan proses pendaftaran.
Langkah Kelima :
- Kereta siap didaftarkan bersama dengan insurans dan sedia untuk diambil oleh Tuan/Puan.
KELEBIHAN BELI MELALUI SAYA
- Penerangan yang terperinci dan mudah difahami.
- Proses mendapatkan pinjaman yang pantas.
- Sokongan bantuan selepas jualan yang baik (After Sales Service).
JIKA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERSOALAN
Boleh hubungi saya secara langsung di :
- Whatsapp : 013-2958044 http://wa.me/60132958044
- Showroom : GWm Puchong https://maps.app.goo.gl/6DM5ip5NjSkLDrvH6?g_st=com.google.maps.preview.copy
